Pages

Wednesday, January 23, 2019

Motosikal



Motosikal adalah sejenis kenderaan beroda dua yang berenjin serta boleh dilesenkan untuk digunakan di atas jalan raya. Sebuah motosikal berupaya membawa seorang penunggang serta seorang pembonceng. Motosikal lazimnya digerakkan oleh enjin petrol kecil sama ada 2 lejang atau 4 lejang dengan kapasiti enjin antara 50 cc sehingga sebesar 2000 cc. Kebanyakan motosikal mempunyai tangki minyak berbentuk air mata di bahagian atas hadapan motosikal antara bar pemegang dan tempat duduk penunggang, tetapi motosikal jenis skuter dan kapcai pula mempunyai tangki minyak di bawah tempat duduk.

Skuter


Direka cipta untuk kegunaan di kawasan bandar, motosikal jenis ni ada peminatnya yang tersendiri. Lebih praktikal untuk kegunaan ulang alik ke tempat kerja dalam bandar kerana transmisinya automatik (tak perlu pening kepala dengan klac dan gear) dan pengendaliannya agak mudah. Tambahan pulak ada ruang storan yang menjadi daya penarik untuk orang memilih motosikal jenis ni. Walaupun nampak comel tetapi ada juga skuter yang boleh memberi kelajuan yang tinggi dan digunakan untuk perjalanan jauh.

Monday, January 21, 2019

Cruiser



Motosikal easy ride. Easy to ride? Tak jugak. Kena ada ilmu baru boleh tunggang motosikal macam ni. Ada jugak yang panggil motosikal chopper. Tapi yang paling glamer aku rasa Harley Davidson la. Glamer dengan harganya yang mahal gila di Malaysia. Motosikal jenis ni antara motosikal pilihan penunggang wanita di kebanyakan negara Eropah sebab seat height tak berapa tinggi. Sesuai untuk orang yang mempunyai ketinggian 160cm ke bawah. Cara tunggangan juga agak santai dan rileks. Kedudukan badan tegak dengan kedua-dua kaki sedikit ke depan.

Adventure Touring


Khusus untuk mereka yang gemarkan tunggangan adventure. Kalau korang merancang nak pakai motosikal unutk mengembara menjelajah dunia, motosikal jenis ni la patut jadi pilihan korang. Motosikal jenis ni mempunyai seat yang agak tinggi (high ground clearance), tangki minyak yang besar dan posisi penunggang juga lebih tegak. Motosikal boleh digunakan untuk jarak perjalanan yang sangat jauh merangkumi on road and off road.

Touring


Motosikal jenis ni aku suka tapi aku keberatan nak bawak. Besar dan berat. Korang tengok je lah gambar tu. Dah boleh bayang keberatannya kan? Handling untuk motosikal jenis ni agak lain sikit sebab saiznya yang agak besar dan berat. Tambahan pulak lebar motosikal pun berbeza kalau nak dibandingkan dengan jenis Super Sport, Sport Touring atau Naked. Motosikal jenis ni direka cipta untuk touring. Bermakna motosikal jenis ni selalunya mempunyai fairing depan dan tepi yang besar dan windsheild yang lebih tinggi.

Sport Bike/Super Sport



Orang kata motosikal jenis ni raja segala motosikal (orang yang kata ye). Orang yang minat pada kelajuan mesti minat motosikal jenis ni. Senang cerita ni jenis motosikal lumba la. Kaki layan corner, kaki meleper atau yang selalu layan litar (yang berdekatan rumah korang) guna motosikal jenis ni.  Tengok pada gambar pun dah boleh nampak motosikal ni jenis potong angin punya. 

Sport Touring




Motosikal jenis ni sesuai untuk yang kurang gemar kelajuan tahap dewa yang ada pada motosikal jenis Super Sport tetapi masih mahukan kelajuan dan keseronokan menunggang. Handling kurang tajam tetapi masih berbahaya jika kurang pengetahuan dan pengalaman. Kedudukan badan agak tegak sedikit (upright position). Sesuai untuk orang yang sukakan tunggangan agak santai atau untuk jarak perjalanan yang jauh (disebabkan kedudukan badan agak tegak, takde la sakit pinggang). Terdapat dua jenis iaitu full fairing dan half fairing.