Motosikal adalah sejenis kenderaan beroda dua yang berenjin serta boleh dilesenkan untuk digunakan di atas jalan raya. Sebuah motosikal berupaya membawa seorang penunggang serta seorang pembonceng. Motosikal lazimnya digerakkan oleh enjin petrol kecil sama ada 2 lejang atau 4 lejang dengan kapasiti enjin antara 50 cc sehingga sebesar 2000 cc. Kebanyakan motosikal mempunyai tangki minyak berbentuk air mata di bahagian atas hadapan motosikal antara bar pemegang dan tempat duduk penunggang, tetapi motosikal jenis skuter dan kapcai pula mempunyai tangki minyak di bawah tempat duduk.
Wednesday, January 23, 2019
Motosikal
Motosikal adalah sejenis kenderaan beroda dua yang berenjin serta boleh dilesenkan untuk digunakan di atas jalan raya. Sebuah motosikal berupaya membawa seorang penunggang serta seorang pembonceng. Motosikal lazimnya digerakkan oleh enjin petrol kecil sama ada 2 lejang atau 4 lejang dengan kapasiti enjin antara 50 cc sehingga sebesar 2000 cc. Kebanyakan motosikal mempunyai tangki minyak berbentuk air mata di bahagian atas hadapan motosikal antara bar pemegang dan tempat duduk penunggang, tetapi motosikal jenis skuter dan kapcai pula mempunyai tangki minyak di bawah tempat duduk.
Skuter
Direka cipta untuk kegunaan di kawasan bandar, motosikal
jenis ni ada peminatnya yang tersendiri. Lebih praktikal untuk kegunaan ulang
alik ke tempat kerja dalam bandar kerana transmisinya automatik (tak perlu
pening kepala dengan klac dan gear) dan pengendaliannya agak mudah. Tambahan
pulak ada ruang storan yang menjadi daya penarik untuk orang memilih motosikal
jenis ni. Walaupun nampak comel tetapi ada juga skuter yang boleh memberi
kelajuan yang tinggi dan digunakan untuk perjalanan jauh.
Monday, January 21, 2019
Cruiser
Motosikal easy ride. Easy to ride? Tak jugak. Kena ada ilmu
baru boleh tunggang motosikal macam ni. Ada jugak yang panggil motosikal
chopper. Tapi yang paling glamer aku rasa Harley Davidson la. Glamer dengan
harganya yang mahal gila di Malaysia. Motosikal jenis ni antara motosikal
pilihan penunggang wanita di kebanyakan negara Eropah sebab seat height tak
berapa tinggi. Sesuai untuk orang yang mempunyai ketinggian 160cm ke bawah.
Cara tunggangan juga agak santai dan rileks. Kedudukan badan tegak dengan
kedua-dua kaki sedikit ke depan.
Adventure Touring
Khusus untuk mereka yang gemarkan tunggangan adventure.
Kalau korang merancang nak pakai motosikal unutk mengembara menjelajah dunia,
motosikal jenis ni la patut jadi pilihan korang. Motosikal jenis ni mempunyai
seat yang agak tinggi (high ground clearance), tangki minyak yang besar dan
posisi penunggang juga lebih tegak. Motosikal boleh digunakan untuk jarak
perjalanan yang sangat jauh merangkumi on road and off road.
Touring
Motosikal jenis ni aku suka tapi aku keberatan nak bawak.
Besar dan berat. Korang tengok je lah gambar tu. Dah boleh bayang keberatannya
kan? Handling untuk motosikal jenis ni agak lain sikit sebab saiznya yang agak
besar dan berat. Tambahan pulak lebar motosikal pun berbeza kalau nak
dibandingkan dengan jenis Super Sport, Sport Touring atau Naked. Motosikal
jenis ni direka cipta untuk touring. Bermakna motosikal jenis ni selalunya
mempunyai fairing depan dan tepi yang besar dan windsheild yang lebih tinggi.
Sport Bike/Super Sport
Orang kata motosikal jenis ni raja segala motosikal (orang
yang kata ye). Orang yang minat pada kelajuan mesti minat motosikal jenis ni.
Senang cerita ni jenis motosikal lumba la. Kaki layan corner, kaki meleper atau
yang selalu layan litar (yang berdekatan rumah korang) guna motosikal jenis
ni. Tengok pada gambar pun dah boleh nampak motosikal ni jenis potong
angin punya.
Sport Touring
Motosikal jenis ni sesuai untuk yang kurang gemar kelajuan
tahap dewa yang ada pada motosikal jenis Super Sport tetapi masih mahukan
kelajuan dan keseronokan menunggang. Handling kurang tajam tetapi masih
berbahaya jika kurang pengetahuan dan pengalaman. Kedudukan badan agak tegak
sedikit (upright position). Sesuai untuk orang yang sukakan tunggangan agak
santai atau untuk jarak perjalanan yang jauh (disebabkan kedudukan badan agak
tegak, takde la sakit pinggang). Terdapat dua jenis iaitu full fairing dan half
fairing.
Subscribe to:
Comments (Atom)






